takaful malaysia logo

takaful malaysia logo

Monday, 21 July 2014

Kenapa memilih Syarikat Takaful Malaysia Berhad?


1.   Syarikat Takaful Malaysia merupakan Pengendali takaful yang pertama di Malaysiayang diperbadankan pada 29 hb November 1984.

2.     Syarikat takaful yang mempunyai ciri-ciri 100% pelan yang patuh syariah berasaskan prinsip al-Mudharabah adalah satu usahaniaga yang bagus memAndangkan para peserta berpeluang menyimpan, melabur dan memperoleh keuntungan berasaskan prinsip ini.

3.     Pemilikan Saham yang 100% dimiliki oleh Rakyat tempatan di mana BIMB Holdings Berhad ialah pemegang saham utama dengan kepentingan sebanyak 60.46% di Takaful Malaysia. Di bawah Kumpulan BIMB Holdings Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Bank Islam yang pertama di Malaysia ialah 100% subsidiari milik penuh BIMB Holdings Berhad. Kumpulan BIMB Holdings merupakan pemangkin dalam membangunkan secara aktif bukan sahaja perbankan Islam dan takaful malahan pasaran modal Islam. Modal dibenarkan semasa Takaful Malaysia ialah RM500 juta dan modal berbayar ialah RM162.817 juta. 

4.     Merupakan Pengendali takaful yang pertama  dengan mempunyai prestasi saham yang stabil.Unjuran purata pulangan dari syarikat ini ialah dari 6% hingga 8%

5.     Ia merupakan pelengkap untuk deposit tetap tradisional Anda dengan Bank dan berpotensi untuk mendapatkan pulangan lebih baik dari deposit tetap dalam bank pelbagaian.

6.     Mempunyai pelan 2 dalam 1 didalam pelaburan dan perlindungan (perlindungan minima 5K).


7.     Peluang pelaburan besar untuk jangkamasa sederhana iaitu 3-5 tahun dengan pulangan yang tinggi.

No comments:

Post a Comment